Sunday, May 10, 2009

Happy mother's day..to my beloved mother (arwah mak) and my mother in law (mek)..Both of you are very great person!!!


Buatmu Ibu

Ibu.. bergenang airmataku,
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian..

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu,
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa..

Hidupmu kau korbankan,
Biarpun dirimu telah terkorban,
Tak dapat ku balasi,
Akan semua ini,
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu..

Ibu.. kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restu mu yang amat aku harapkan,
Kerana di situ letak syurgaku..

Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajar ku erti kesabaran,
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan..

Kasih sayang mu sungguh bernilai,
Itulah harta yang kau berikan..

Ibu.. kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restu mu yang amat aku harapkan,
Kerana di situ letaknya syurgaku..

Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajar ku erti kesabaran,
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan..

Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku,
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku,
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..

0 comments: