Sunday, January 31, 2010

Lagu yang penuh keinsafan dan menyentuh jiwa...

Aku tujukan lagu ini istimewa untuk sahabat lama yang berada jauh di bumi Terengganu..K.Su dan juga kepada mana2 individu di muka bumi yang diberi ujian 'sakit kronik termasuk adik Mas Afzal --> student medic sheffield (http://masafzal.blogspot.com/ & http://arkofmylife.blogspot.com/), semoga diberikan ketabahan atas ujian kesakitan yang menimpa..Aku doakan semoga cepat sembuh dan diberikan kenikmatan hidup dunia akhirat...ameennnn..Kepada mana2 individu termasuk diri yang menulis ini yang diberi nikmat sihat buat masa ini, pergunakanlah nikmat ini untuk kebaikan sejagat sebelum kita diuji dengan ujian sakit kelak..

Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan, Baru ku sedar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Munsyid: EdCoustic

Kata2 perangsang Dr. Mas Afzal..pesakit kronik kanser..antara kata2nya.."percayalah..penyakit itu adalah peluang untuk mendekatkan diri kita kpd Allah!" MasyaAllah!!!(dipetik dpd. http://arkofmylife.blogspot.com/)

Tuesday, January 26, 2010

Latest photo.."Riang ria Kanak2 Ribena"

Gambar ini khas untuk tatapan mak2 sedara, pak2 sedara, tok mek, tok abah, sepupu sepapat, rakan taulan dari M'sia..Dari kiri, Jannah, Kakak, Naim dan Firdaus..besar dah budak2 ni..mak bapaknya pun kena ingat.. .lambaian 40 semakin hampir..adushhh!!! Sebenarnya gambar ini diambil kat Designer Outlet J28 Notts...baru ada peluang tukar kasut sekolah budak2 ni sejak masa cik Ngoh datang aritu....dah lama tertangguh..tersilap saiz.. alhamdulillah dapat tukar..

Tuesday, January 19, 2010

Wednesday, January 13, 2010

Di suatu pagi...pabila TEH-O bercampur dgn SOS TIRAM..

Bila dah byk fikir, ibarat otak ni dah 'hang' mcm komputer..so, mungkin kita kena format (kalau komputer hang, takleh reboot) , 'defrag' (susun balik data2) atau scan (kalau ada virus) komputer supaya sistem komputer dapat beroperasi dgn lebih laju, lancar dan efisien. Begitulah dgn otak yg dah berserabut dgn tesis yg tak siap2 ni...bila dah data terlalu byk disimpan dalam ingatan, maka hubungan fizikal, ingatan, otak dah tak selari..maksudnya dalam kes ni, otak aku menyimpan pesanan dalam ingatan 'nak buat air teh-o', dan fizikal (tangan aku)mencapai data daripada ingatan tadi untuk membuat air teh-o. Disebabkan ingatan aku dah berserabut (byk sgt data2 disimpan)..so fizikal aku telah mencapai data yang tak konsisten iaitu memasukkan SOS TIRAM ke dalam AIR TEH-O..sepatutnya masukkan GULA ke dalam AIR TEH-O..itulah yg berlaku dalam diri aku di suatu pagi..erkk..kawan2, ada cadangan camna nak format ke..defrag ke..scan ke..otak aku???huhuuuuuuuu..

'Snow' lagi...

'Snow' turun lagi..Aku dgn budak2 main 'snow' lagi kat depan rumah..kali ni kat rumah sewa yang baru..ok la jugak lokasi kat sini..tak bahaya sgt kalau budak2 nak main coz jalan mati, jadi takdela byk kereta lalu...aku pun ambik kesempatan buat 'snow man'..walaupun aku byk kerja yg belum siap, tapi sempat lagi menyibukkan diri dgn 'snow'. Sekali sekala beb..heehe..bila lagi nak main 'snow' kan?? Kat sini la dpt merasa..tapi tula...takleh 'over excited' sgt..'action' aku kena 'control' sikit, takut jiran 'omputih' kiri kanan rumah aku ni pandang semacam lak kat aku..apapun, korang layan gambar2 dan video kat bawah ni..



Friday, January 8, 2010

"Rumahku Syurgaku"

Orang kata "rumahku, syurgaku"..ada kebenarannya rumah kediaman ibarat syurga, kalau rumah itu sempurna dan selesa untuk seisi keluarga ditambah pula dengan ahli rumah yang ceria2 belaka.....bayangkan, kalau rumah yang kita duduki ini bocor sana sini, sejuk teramat sangat ditambah dengan masalah 'boiler' yang tidak menentu..ishk..sudah tentulah individu yang mendiami rumah ini akan mengalami masalah kesihatan malah ianya mempengaruhi emosi dan mental kepada individu tersebut...maka, sudah pasti individu tersebut terpaksa membuat keputusan untuk mencari "rumahku syurgaku" yang lain....siapakah individu tersebut...????
hehe..aku sekeluarga...berpindah juga akhirnya ke rumah sewa baru yang agak selesa dan nyaman..walaupun teratak ini kecil, ianya tidak seperti hidup di alam 'peti ais' seperti rumah sewa yang dulu....namun, walau macamana 'best' pun rumah di UK ni, aku masih merindui rumahku yang di bawah ini...di MALAYSIA..huhu

Friday, January 1, 2010

Good Bye Cik Ngoh, Ayah Ngoh & Harraz!!!!! - Ending

Pejam celik..pejam celik..dah nak balik..sekejap masa berlalu.. cik Ngoh, ayah Ngoh..Harraz, pohon ampun..maaf andainya kami tak dapat nak beri layanan taraf 5 bintang..huhu..maklumlah..'boiler' pulak rosak..sungguh di luar jangkaan....sejuk menggigil umpama dlm peti ais..ditambah pulak dengan musim sejuk..adush...sejuknya sampai ke tulang..tuhan jerk yang tahu..walau apa pun terjadi, terima kasih atas kunjungan kalian..."buah epal.. buah celagi, jgn serik dtg lagi!!"..heheh..babai...sayonara....kirim salam kat org M'sia!!!

Pusing2 Notts - Part 4

Sebelum balik ke M'sia, sempatlah jugak cik Ngoh sekeluarga bergambar kat 'Wollaton Hall' dan 'Jublee Campus Nottingham University'..orang kata, biar ada 'bekas' jalan2 di Nottingham..heheh

Kota London - Part 3

Selepas bermalam sehari di Paris, kunjungan kami seterusnya ialah ke Kota London..sempatlah bergambar di 'London Bridge' dan bangunan 'Parlimen' London..yang lain2 tu tak sempat coz cuaca terlalu sejuk dan kami dah tak terdaya lagi nak ber'posing'....

[1] Kunjungan ke London Bridge

[2] Kunjungan ke Bangunan Parlimen London

Bumi Paris - Part 2

Sempena kunjungan cik Ngoh sekeluarga..dan juga Kodsiah (kawan cik Ngoh di Conventry UK) kami berkesempatan ke bumi Paris...kat sini ada beberapa gambar sepanjang perjalanan kami sekeluarga..layaaannn...

[1] Kunjungan ke Lokasi Salji sebelum sampai ke Kota Paris
Indahnya panorama salji lebat dan tebal..

Dini kena 'paksa' main salji..hehe

Aksi-aksi 'gedik' dan 'poyo' pengunjung salji daripada Malaysia..haha
.

[2] Kunjungan ke Eiffel Tower Paris

Orang Jauh Datang!!!! - Part 1

Jeng..jeng...jeng...Mempersembahkannn....."Orang jauh" cik Ngoh (adik suami aku) sekeluarga daripada Kelantan, Malaysia. Kunjungan mereka adalah selama lebih kurang 9 hari...Selamat datang cik Ngoh, ayah Ngoh & Harraz ke bumi Notts!!! Bak kata pepatah melayu.."Kecil tapak tangan..Nyiru Kami tadahkan.." cewwaaahh!!!

2010 menjelma...

Salam 2010 untuk semua...sekejap jerk masa berlalu..aku tak sempat nak 'update' blog ni tapi sempat dengan 'design' blog baru lagi ceria sempena 2010 ni..hehe...agak sibuk sikit kebelakangan ni..kesihatan pun kurang memberangsangkan lantaran terlalu sejuk..teramat sejuk ditambah dengan masalah 'boiler' di rumah aku yang dah hampir seminggu 'menyepi' - rosak. Umpama hidup di alam peti ais..sungguh tak tertahan...andai diberi peluang balik Malaysia..alangkah indahnya hidup ini....(bermadah la pulak..adoi..)
Aku ada perkara nak dikongsi masa bercuti Krismas baru2 ni..tak sempat nak 'upload' gambar..bersabarlah ye dengan entri aku yang akan datang...