Sempena majlis kutipan dana misi kemanusiaan Cambodia, pelajar medic thn 2 Notts University ada menganjurkan majlis makan malam nasi Ambeng. Tiket yang dijual ialah berharga 10pound satu kepala...aku tak ketinggalan hadir majlis ni ...saksikan gambar2 di bawah...
Saturday, March 27, 2010
Nasi Ambeng..oohh..nasi ambeng...
Posted by Abz at 6:58 AM 1 comments
Monday, March 15, 2010
Laksa perantauan..masak cuma 10 minit..
Bahan2 kuah cuma sadin setin, sebiji bwg besar, cili kering ikut kepedasan (direbus), sedikit belacan , asam keping(3-4)keping, garam secukup rasa.
Cara2: Kuah-->[1]Mesin bwg + cili + belacan (hancur) [2] masuk sadin dan mesin (separa hancur)dgn bhn2 td. [3]Rebus bhn2 mesin, masukkan asam keping + sedikit garam..kalau pekat, letak air sikit...
Aksesori-->telor, salad, timun, bwg besar, cili merah, limau nipis, bunga kantan (jika ada) perlu dihiris..
Laksa-->boleh ganti dengan spagetti..
Labels: menu
Posted by Abz at 9:17 PM 0 comments
Sunday, February 14, 2010
Bila teringat apam balik Sg. Besi..
Cam biasala..bila duduk kat sini..teringat nak makan itu dan ini..seperti biasa keje aku ialah mencari resipi di internet..macam gak apam balik ni..tekak aku tetiba teringat kat apam balik Sg Besi..arghh..ada satu warung kat Sg besi ni, apam balik dia antara yg agak best la jugak yg pernah aku makan kalau nak banding dgn apam balik kat pasar malam rumah aku..dan..cam biasa..aku terjumpa resipi sempoi gilerr yang memudahkan urusan hidup aku untuk acara masak memasak..yeahh..ko layan gambar2 di bwh..(sori..kualiti gambar krg baik coz guna kamera tepon murah..hehe)
Langkah 1: Resipi buat adunan..ko campak sume bahan2 dlm blander spt 2 cwn tepung gandum + 1/2 cwn gula + sebiji telur + 1 1/2 cwn air + 1 sudu teh soda bikarbonate + 1 sudu teh baking powder dlm ..Mesin sume skali dlm blander..
Langkah 2: Panaskan kuali..calitkan sedikit minyak ke..mentega ke..bagi takmo melekat adunan tu dlm kuali. Amik satu senduk adunan, pastu ko letak dlm kuali..cam gambar kat bawah..masa letak adunan tu ko bayangkan ko ni tukang jual apam balik kat pasar malam..biar ada stail skit campak adunan tu dlm kuali..ok
Langkah 3: Agak2 dah nak masak..tabur inti lak..ops..inti ni ko kena sedia2 awal sepatutnya..kacang tumbuk + jagung manis dlm tin + gula + majerin skit..tabur sume skali spt gambar di bwh.
Langkah 4: Apa lagi..lipat 2..dan inilah hasilnya...amacam? ada serupa ke dgn apam balik pasar malam??? heehe..
Hai..makin lama aku duduk kat sini..makin byk kuih muih aku 'explore'..boleh la nak ganti makcik jual kuih depan rumah aku tu nanti..bolehla carik extra income bila dah takde part time nnt...erkkk..ada sesape berminat nak join??? hahaha..
Labels: menu
Posted by Abz at 8:29 PM 2 comments
Friday, February 12, 2010
Bila dah takde idea nak masak..
Buntu betul bila nak pikir bab2 masak..maklumlah bila dah duduk sini, pagi ptg siang mlm kena masak..budak2 pun dah semakin membesar..lapar jerk manjang...so aku mmg takleh ngelat takmo masak..kalau kat M'sia bila dan takde idea..mulalah melilau cari lauk ke.kuih ke..atau apa2 yang patut utk dimakan utk seisi keluarga..tapi kat sini takleh la beb..tak boleh...camna nazak skali pun ko..gagahkan jugak masuk dapur sblm budak2 ni 'mengaum' kelaparan..
Inilah 'breakfast' ala barat di suatu pg sebelum budak2 ni pegi sekolah..itu pun request dpd Jannah..dia kata lama tak makan fillet fish cam kat Cempaka Rimba...aduuhhhhh...Cempaka Rimba tu!!!!!! aku pun apa lg..terus pi cari brg2 nak prepare masak utk breakfast keesokan paginya..hasilnya ialah spt gambar2 kat bwh ni..siap ngan pakej & harga tu tak tahan...heheh..layaaaannnnnn.........
Labels: menu
Posted by Abz at 12:48 AM 0 comments
Friday, December 18, 2009
Jom main masak2...
Kali ni aku nak kongsi camna nak buat karipap sadin yang MUDAH dan 'SIMPLE' sesuai bagi ibu2 yang 'bizi' dan 'lazi'..hehe..percayalah..aku takkan ajar korang resipi yg 'complicated' coz prinsip masakan aku.."MUDAH TAPI SEDAP"..hehe..Bagi sape2 yg dah pakar buat karipap ni..korang abaikan je la resipi ni..coz aku tau korang lagi 'terror' dpd aku esp geng2 Notts..maklumlah dah duduk bertahun kat UK ni..dah mcm2 resipi korang belajar..aku ni baru merangkak2 nak belajar buat kuih muih, lauk pauk dan mcm2 resipi lagi..Ok, sebenarnya aku dah turunkan ilmu ni pada Mas, ex-ofismate aku dan 'penuntut' aku ni dah berjaya membuat karipap inti telur dengan jayanya..berkat belajar dpd sifu..hehe...Berikut adalah resipinya (resipi utk 25-30 biji karipap yang comel2/sederhana):
[1] Buat inti sadin (2 tin kecil). Curah dalam kuali yang ada minyak sedikit. Goreng dan hancurkan ikan sadin dengan sudip serentak. Masukkan sos tomato 4-5 sudu besar (ikut cita rasa, kalau nak pedas letak cili sikit). Masukkan gula dan garam secukup rasa.
[2]Buat doh (kulit karipap): 4 cawan tepung, 3 sudu besar majerin, air dan garam secukup rasa. Mula2 masuk dan gaulkan tepung, majerin dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit sampailah adunan dah sebati menjadi doh seperti gambar no (2) di atas.
[3] Bulat2kan sederhana.
[4] Giling dengan penggiling (kalau takde boleh guna gelas kaca panjang) dan giling bulat seperti gambar no (4) yang ditunjukkan di atas. Letakkan inti sadin diatasnya.
[5] Lipat dan pintal pada hujung kulit karipap. (kalau tak tau pintal boleh guna garpu dan kelipkan hujung tersebut sehingga kulit karipap tertutup rapat. kalau tak reti jugak, korang beli je acuan karipap kat pasar malam..tak reti2 jugak..dah, takyah masak..abis citer...hehe)
[6] Goreng karipap pada api dan minyak sederhana.
[7] Bila dah warna cokat terang, angkat karipap dan bersedialah untuk makan...
_____________________________________________________________________
Entri nasi himpit ni dah aku masukkan aritu..tapi aku nak tambah sikit 'skill' aku kat korang..kali ni nasi himpit aku agak 'menjadi'..maksudnya mampat dan tak 'barai'. Resipi cam biasa aku ulang..3 cwn beras+8 cwn air, masak dlm rice cooker..bila dah masak terus masuk dan penuhkan dalam loyang, lepas tu pakai sarung tgn plastik..letak minyak sikit kat sarung tgn plastik coz takmau bg nasi himpit ni melekat masa operasi himpit menghimpit. Himpit rata dan mampatkan seboleh mungkin di setiap penjuru kanan, kiri dan tgh..tunggu sejuk, maka insyaAllah terbentuklah nasi himpit seperti gambar di atas. Sebenarnya aku pernah cuba nasi himpit segera kat Notts ni..mak aiii...dah lah lama nak masak..abis terbarai2 nasinya..hampeh betul..so, mulai skrg aku akan terus buat nasi himpit tradisional..mudah, lazat dan berkhasiat..mungkin kat M'sia aku akan teruskan membuat nasi himpit tradisional ni..hehe
_____________________________________________________________________
Gambar kek ni aku 'upload' coz atas permintaan Mas..hehe..Aku belum 'expert' lagi nak hias kek ni Mas..baru belajar nak buat icing..belum setanding dgn kek ko yang 'ala2' secret resipi..huhu..
Labels: menu
Posted by Abz at 4:04 AM 2 comments
Wednesday, November 25, 2009
Kuih Raya Haji...yeahhaa...
Jeng..jeng..jeng..kali ni aku nak kongsi ngan korang pasal kuih raya haji..agak 'excited' skit buat kuih raya sbb ini adalah 'first time experience' aku buat kuih raya..mcm jugak kek..ishk..ishk..org lain dah berkoyan2 buat kuih, aku baru nak belajar..ketinggalan betul..hai..apa la nak jadi...maklumlah, kat M'sia boleh tunjuk2..skrg..sendiri bikin la...ok..aku buat 4 macam kuih..sume kuih raya ni yang simple2 dan berasaskan coklat sbb aku tak pikirkan org yang nak dtg raya nak makan kuih aku ni..aku pikir..kalau kuih raya ni tak abis dimakan masa raya..kan membazir..so, sebab tu aku buat kuih berasaskan coklat, maka bala tentera aku yang 5 org tu boleh makan..hehe..so apa2 hal..kalau nak rasa kuih raya aku ni..mehler dtg rumah raya ni esp geng2 Notts..rumah aku sentiasa terbuka utk korang..kpd geng2 M'sia, korang tgk je la kuih ni dlm blog ye..hehe... orait..aku ada keje skit..sambung en3 lain di masa akan dtg..babai..
Labels: menu
Posted by Abz at 7:39 PM 3 comments
Friday, November 6, 2009
Kek..oh..kek...
Inilah dia kek yang ke-2 dan ke-3 aku buat seumur hidup aku..kek pertama aku buat aritu masa raya, aku buat kek pisang..tak sempat nak amik gambar..mcm aku cakap dulu, di M'sia aku tak pernah buat kek..tolong org buat kek ada..antara sebab musabab aku tak pernah buat kek; 1) rumah aku takde oven 2)kat M'sia melambak2 org jual kek, so beli jerk 3) malas..heheh
Kek yg kat atas ni aku berguru dpd Ina, geng guru IT ukm..asalnya kek oren..tp sebab aku tak sempat nak beli oren sunquick, so aku tak letak la bahan tu..disebabkan ada perisa vanilla, aku namakan kek ni 'kek vanilla'..hehe..rasak la..kalau korang tgk rupa luaran tak brapa cantek, tp rasa dia..perghhh..lazat..tq ya tok guru ina..so betullah org kata.."don't judge by its cover"..bahan2nya agak mudah dan senang..1)2 cwn gula 2) 2 cwn majerin 3) 3 cwn tepung 4) 6 biji telur 5) 1 sudu kecil esen vanilla 6) oren sunquick secukup rasa 7)1/2 sudu kecil baking powderKek seterusnya aku buat ni ialah kek coklat..yang kat atas ni aku belum letak 'topping' lg..
Labels: menu
Posted by Abz at 6:22 AM 0 comments
Saturday, October 24, 2009
Home made 'Nasi Himpit'
Kali ni aku nak kongsi camna nak buat nasi himpit buatan sendiri...alkisahnya terjadinya nasi himpit buatan sendiri bila nasi himpit paket yang aku bawak dpd M'sia dah abis..jadi..apa lagi bermulalah aku cari resipi kat internet..memang menjadi..caranya ialah spt berikut:
L1: Masak 3 cawan beras & 8 cawan air dalam rice cooker cam biasa..
So, camna? mudahkan..lps ni tak yah lah beli nasi himpit kat kedai..org kata ada chemical..yela bila dah masak skali dgn plastik kan..tp bila dah urgent..blasah jerk..hehe
Labels: menu
Posted by Abz at 6:19 AM 3 comments
Monday, October 19, 2009
Pabila rindu dgn sate M'sia...
Jeng..jeng..jeng..sate..sate...ni dia sate buatan sendiri..teruja kejap aku..hehe..betul org cakap..bila ko dah terdesak, benda yg mustahil boleh jd realiti, mcm sate ni... first time aku buat sepanjang hidup aku...ni pun kes rindu dgn sate M'sia. Mana nak cari beb..mana ada org jual sate kajang samuri ke..sate pak abu ke..pak ali...tak ada!!! Kalau dah duduk kat sini, pandai2 la ko buat sendiri..selalu2 la bukak internet cari resipi..yang tak pandai masak pun boleh jadi chef bila balik M'sia. Sure lps ni korang melutut kat aku mintak resepi..heheh..
p/s: ops..sate ni adalah untuk hidangan sesi keluarga shj..mana2 geng UK tu, ambo sekeluarga mintak maaf la ye tak jemput coz br first time buat..lain kali ada rezki kami jemput.. :-) Kpd geng M'sia plak, jgn korang buang tebiat tanya apsal tak jemput ...dah jauh..buat cara jauh..hehe
Labels: menu
Posted by Abz at 3:09 AM 4 comments
Tuesday, August 11, 2009
'Roti canai' - home made by professional 'penebar' Pak Lah
yeah..mari..mari..mari...roti canai...(roti canai ni utk sesi keluarga dulu..nak test skill..nnt ye kita ajak geng2 yg lain..he..he)
ehemmm..delicious...roti canai with chicken curry..p/s:Terubat jugak rindu makanan di M'sia..ada penebar profesional di UK..he..he..tak sia-sia Mek turunkan ilmu tebar roti canai kepada anandanya.. Pak Lah..
Labels: menu
Posted by Abz at 5:18 PM 2 comments
Friday, August 7, 2009
Strawberry..strawberry..nyum..nyum..nyum..
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Only 1 pound..fresh..delicious..tasty..crunchy...ooh..nyum..nyum..nyum..(sori aa'a..oghe kelate kata ..'darat' skit kita ni..he.he)
Labels: menu
Posted by Abz at 1:55 AM 1 comments
Sunday, May 17, 2009
Yeah!!!! mari..mari..mari...roti canai...yeaabbbaaaa...
Labels: menu
Posted by Abz at 11:14 AM 0 comments






