Gambar ini diambil semasa sesi penggambaran berkeluarga di nurseri Firdaus..kepada mak2/pak2 sedara yang rindukan Dini dan Aus..bolehlah tatap gambar anak sedara yang 2 org nih yg dah pun semakin membesar..hehe..3 org lg anak sedara takde dalam sesi nih sbb tgh bersekolah..apa pun gambar terkini akan di'update' kemudian..ok.. :-))
Friday, July 16, 2010
Latest photo..taken by professional photographer @ Nottingham Radford Nursery
Posted by Abz at 4:33 PM 1 comments
Sunday, June 20, 2010
Happy Father's Day
"Happy Father's Day" to all fathers in the world especially to my dearest Dad and Hubby....:-D
Posted by Abz at 5:48 PM 0 comments
Tuesday, June 8, 2010
Lautan Bunga...Indahnya Ciptaan Illahi...
Alhamdulillah..berpeluang jugak la sampai ke bumi Holland sempena Spring hujung April yg lepas..Subhanallah!!! sungguh cantik..tak terkata...sangat teruja tengok bunga2an ciptaan Illahi..layan dulu la gambar2 kat bwh ni..kalau sesiapa ada FB, boleh la tgk byk lagi gambar2 bunga yang cantik2 dlm album aku..tak larat nak upload byk2 dlm blog ni..:-)
Posted by Abz at 8:15 AM 3 comments
Selamat Pengantin Baru Adinda Nuh & Isteri
Kami sekeluarga dari Notts UK ingin mengambil kesempatan nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru" khusus untuk Mat Nuh & Isteri (sori..tak tau nama..hehe) yang selamat bernikah pada tanggal 3hb Jun 2010. Mohon maaf kerana tak dpt nak memeriahkan suasana pernikahan lantaran jurang destinasi yg terlalu jauh utk ke sana..Semoga selamat menjalani bahtera alam rumah tangga..dengan doa agar jodoh kalian berpanjangan hingga ke alam syurga..ameen..
Ikhlas,
Abe Loh, K.Zue, Naim, Adnin, Jannah, Firdaus, Dini
Posted by Abz at 8:00 AM 0 comments
Sunday, April 11, 2010
Jalan2 hilangkan stress...
Sempena cuti sekolah Easter baru2 ni..sempat la jugak aku sekeluarga jln2 hilangkan stress..ada beberapa tempat yang kami pergi sekitar UK..tapi tak sempat nak 'upload' byk gambar..nak citer lbh2 pun tak sempat..kembali bizi lps cuti ni..maklumlah tesis tak siap2..so, korang layan je la gambar2 kat bwh ni..(kalau rasa kecik sgt gambar tu..boleh klik kat gambar tu kasi besar lagi..) Orait..layannnn....
Labels: family
Posted by Abz at 9:53 AM 4 comments
Saturday, March 13, 2010
kembali berblog..
hehe..rasa cam lama aku tak update blog ni..nak tau kenapa??? pertama cam dah malas nak tulis..sibuk ngan tulis tesis..kononnyala..kedua..aku dah pandai ber'FB'...dulu aku tak pandang pun FB..malas..coz rasa cam leceh..byk lg benda aku nak pikir..satu hari, si Iza ni suruh la aku guna FB..suruh aku upload la gambar2 kat UK..katanya lagi mudah..mula2 aku try gak..tapi cam takde yang menarik pun..so, aku pun hang la dengan FB ni..then kemuncak guna FB ni..bila rakan2 usrah guna FB utk bagi info pasal usrah kat sini..aku ketinggalan..tak dpt info coz tak bukak FB walaupun ada akaun..haa..masa tu la aku berjinak2 dgn FB..sampai la satu tahap aku cuba cari geng sekolah lama..SMSD..aku lama nak cari kawan baik aku satu kelas dulu..aku pun taip la nama penuh Nazi..hehhe..wahhh..jumpa...aku jumpa..bayangkan 18 thn aku tak jumpa..akhirnya aku jumpa gak di alam cyber...apa lagi..aku pun cuba cari member2 lama aku masa sekolah..banyak yang aku jumpa lbh2 lagi aku tukar nama id aku kpd nama penuh...perghhh..melambak2 rupanya geng2 sekolah dulu yang aku jumpa..memang agak teruja..
Cuma, aku rasa nak berFB ni kena berpada2 gak la kan..takut takde keje lain dok melayan FB 24 jam tak leh gak..boring2 leh bukak FB sambil2 buat keje..boleh utk mengeratkan silaturrahim...jumpa kwn2 lama..tanya khabar...ok la..
Ok..aku nak bg korang tgk gambar2 'snow' yang terakhir bagi tahun ni di Notts..bln lps lagi sebenarnya gambar ni aku amik..tak sempat nak masuk blog..tapi kalau nak tgk byk lagi gambar, boleh 'add' FB aku..guna nama penuh aku..sape2 yg kenal je la ye..ehehe..tak kenal, aku malas layan...
Labels: family
Posted by Abz at 3:18 AM 1 comments










