Thursday, March 26, 2009

Bahaya Ketuhar Gelombang Mikro..(Must read!!!)


Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama
inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular
dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di
dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk
keluarga dan pelanggan. Ketuhar ini amat popular kerana
kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata.

Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu
sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke
dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan
tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru,
hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau
ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar
dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam.
Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan
yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian
dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar
gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama,katakana
sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan
seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di
bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan
cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan
fitrah, lazimnya membawa keburukan.

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai
sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian
saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro.
Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan
penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan
gelombang mikro kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro
menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak
mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa
dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai
penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu.
Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar
gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya
pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang
diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an
mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi
elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.
Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan
kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini
bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini
memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula
menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada
manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang
mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia
merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal
bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak
mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam
sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan
mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.
Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan
oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro,
para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan
yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat
ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan
bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan
ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah
bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di
sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja
kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar
tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan
Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan
University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro
gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah
mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro.
Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin
individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini
menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro
cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi
bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua
bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau
kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss,
Jerman dan Rusia di bawah ini:

*** Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang
mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu
ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak
(depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
*** Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan
makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang
mikro.

*** Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti
dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
*** Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat
sisa/sampah di dalam badan manusia.
*** Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro
berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit
sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap
kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat
meleraikannya.
*** Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi
radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila
dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.

*** Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser
di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya
penghidap penyakit ini.
*** Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan
sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
*** Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga
menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa
dan pengubahan serum darah.
*** Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya
ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan
kecerdikan.

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini
degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan
makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau
pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin
ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi
lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan
semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan
hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan
yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca
daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang
mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan
makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita
sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa
sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan
untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan
bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang
zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli
keluarganya. Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli
ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit
anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan
keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga
melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi
mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan
yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada
nyawa manusia. Antaranya:

*** http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm
*** http://www.cancersalves.com/article/microwave.html
*** http://www.indigosun.com/august99/microwave.htm

Sumber : ANIS, Mac 2008
cedit for: CikguFauzi

0 comments: