Saturday, February 13, 2010

Jawapan 'sengal' sang ibu..

Petang tadi..anak aku yang sulong bertanyakan sesuatu tentang sejenis haiwan.."Umi, pagi tadi Naim nampak ada binatang macam siput tapi takde cengkerang..", beritahu Naim dengan memek muka yang bersungguh-sungguh..Aku yang sedang menikmati nasi ayam cuma mengiyakan sahaja dengan jawapan malas.."emmm.." dan mengajukan sedikit soalan tambahan tentang di mana tempat haiwan yang dijumpainya..Seterusnya Naim menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana dan tempat haiwan itu dijumpai dan juga menyatakan perasaan geli gelemannya terhadap haiwan tersebut kepada uminya..aku cuma mendengarnya sambil terus menikmati juadah nasi ayam..Naim bertanya lagi..."Umi, kenapa kat UK siput tu takde cengkerang???" tanyanya dengan bersungguh2..Dengan selamba aku menjawab dengan nada bersahaja.."Sebab cengkerang dia dah TERTINGGAL kat Malaysia.." Naim terus terdiam dan berubah air muka coz tergamam dan bengang dengan jawapan aku yang sengal ini..hahah..sementara hubby aku dah ketawa berdekah2 dengan jawapan aku yang tak masuk akal ni..heheh..

p/s: moral of the story, layanlah soalan yang diajukan oleh anak secara bersungguh2..jgn jd cam aku bagi jwpn sengal ni..adei..umi..umi..letih jwb soalan 4 anak yg byk tanya..sat lg Dini la pulak..bertambah2lah 'auta' umi..ohh..umi..

0 comments: