Tuesday, March 30, 2010

Login FB dapat RM100??

fuhh...siapa tak tertarik dgn tawaran ni...byk benar skim mencari pendapatan melalui internet....camnapun kita kena rujuk pakar sebelum terjebak dgn sistem ni..kat sini aku nak share satu artikel yang amat bagus daripada UZAR (Ust. Zaharuddin Abd Rahman). Beliau adalah pakar dari aspek sistem Kewangan dan Perbankan Islam dan sedang membuat PhD Syariah & Islamic Finance di UK....
Sila link di sini utk penjelasan ttg isu ini...http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/ Semoga hujah2 beliau dpt membantu...wallahua'lam

Sunday, March 28, 2010

Tambah sejam..

Hari ni, UK tambah sejam..maksudnya kalau jam dinding manual kat rumah aku sekarang pukul 7am, so aku kena betulkan jam tu kepada 8am..kalau jam kat komputer aku dah automatik ditambah dgn sejam..

Masa nak masuk winter haritu, kena kurangkan sejam..skrg tambah sejam..maksudnya winter dah penghunjung...yeahhhaaaaaaaaaaaa!!!!! rasa cerah sikit bumi UK ni..siang nnt semakin panjang, mlm pendek..dan yg plg penting..suhu dah semakin tinggi..belas2 degree la..still lg sejuk tp takdela mcm masa winter sampai -ve degree...fuhhh..tak tahan..

Habis winter..musim yg paling cantek ialah musim bunga..then summer..musim2 ni ialah musim org kat sini berjalan2..melancong sana sini..so, sesape yg berhajat nak dtg sini melancong, melawat sedara mara, kengkawan ke..musim ni lah plg baik....

Saturday, March 27, 2010

Nasi Ambeng..oohh..nasi ambeng...

Sempena majlis kutipan dana misi kemanusiaan Cambodia, pelajar medic thn 2 Notts University ada menganjurkan majlis makan malam nasi Ambeng. Tiket yang dijual ialah berharga 10pound satu kepala...aku tak ketinggalan hadir majlis ni ...saksikan gambar2 di bawah...

antara geng NMC yg hadir..masyitah, k.Fida, cikinur, ehemm..akuler, haz & k.Zlaa..
yeah..tu dia nasi Ambeng..asalnya dpd Jawa, cara mkn dlm dulang, lauk campur2..mmg lazat...
"tipah tertipu"..aku hampir2 nak minum 'air lemon' di atas..ishkk..ishk..sib baik ada penganjur tegur.".erkk..kak..tu air basuh tangan..."huhu
baru nak stat makan..laporr..laporr..tak ingat dah 'rakyat jelata' kat rumah..hihi
alamak!!! kapasiti muatan kitorang kecik la..td cam berlagak boleh abis..bila dah mkn,..surrender...byk sgt lauk ngan nasi ..

Wednesday, March 24, 2010

MasyaAllah!! Nikmat Kesihatan!! --> petikan email yg dipanjangkan oleh sahabat2 muslim..


cid:image001.gif@01C7C2DD.173BE270

Selamat Sejahtera

Assalammualaikum WBT

Nikmat Kesihatan

Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)


E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar ..

Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.

Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_1.jpg



Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait . Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_2.jpg

Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.


Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_3.jpg
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_4.jpg
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel


Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.



http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_5.jpg
Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_6.jpg
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel


Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_7.jpg
Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_8.jpg
Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_9.jpg
Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_10.jpg
Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?

Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?

Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .

Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.

Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?

Tuesday, March 23, 2010

Sudah sudahlah...

Amat membimbangkan!!!!! apalah nak jadi... tak abis2 berita buang bayi..bayi dalam tong sampah, bayi dlm semak, dlm masjid, tepi longkang, tepi jalan...persoalannya, kenapa perkara ini berlaku??? Sudah tentu ianya kes zina!!! anak luar nikah!!!!

Lebih membimbangkan ialah , berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! (dipetik dpd. http://saifulislam.com/?p=7700)
Tambahan Fakta:
1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

Mengapa zina?? Bagi aku, zina bermula daripada 'couple' yang melampau..bermula dgn bibit2 cinta, diteruskan dengan pertemuan empat mata, sang teruna mengusung dara ke hulur ke hilir menaiki motor, kereta atau apa shj..diikuti dgn pertemuan yang terlalu kerap, sang dara membenarkan si teruna bersentuhan tangan, berpelukan kononnya atas dasar cinta senjati..dan akhirnya TEWAS dgn godaan nafsu syaitan durjana!!! Kalau benar anda hendak berkahwin sekali pun, ianya bukanlah tiket untuk melepaskan rindu dendam...percayalah, berapa byk golongan 'couple' melampau, akhirnya tewas di gerbang perkahwinan!! Sebelum kahwin bermadu asmara, bercumbuan, selepas kahwin bersumpah seranah, bersepak terajang!! Inilah permainan cinta Bollywood..oohh..sungguh meloyakan!!

Persoalan kedua? di mana peranan ibu bapa? Tidakkah mereka tahu dgn siapa dan ke mana anaknya pergi sehingga larut malam..atau si ibu bapa tahu, cuma buat2 tak tahu aktiviti anaknya?? atau si ibu bapa tidak berani menegur anakanda kesayangan takut2 anaknya lari atau merajuk?? atau si ibu bapa terlalu sibuk mengejar kerjaya..kemewahan yang menjamin kehidupan duniawi semata sehingga terlupa sang anak sudah hanyut dgn sang kekasih??

Oleh itu, sudah sudahlah...tak kiralah remaja..dewasa khususnya yang beragama Islam ke atau sesiapa sahaja yang mengamalkan hidup secara bebas...kasihanilah anak yang yg dilahirkan secara luar nikah ini..mereka tidak bersalah..lahirnya kelak hingga ke alam dewasa akan membawa kehinaan masyarakat..sudah sudahlah..

Bagaimana cara nak bendung?? Penyelesaiannya ialah berbalik kepada IMAN..ya..IMAN..aku tak pandai nak ulas cuma bg pendapat aku, peranan ibu bapa sgt penting utk membentuk iman anak2..bagaimana pulak dgn faktor persekitaran? yela..kita dah cuba bentuk..pupuk..nasihat anak tapi faktor di luar sana sgt mendorong anak2 ini terjebak dgn gejala sosial?? Bagi aku..kuasa doa ibu itu sgt mujarab..kita gunakan senjata doa utk doakan anak2 spy terlindung dpd terjebak dgn gejala budaya bebas ini..insyaAllah..

Entri ini adalah utk peringatan diri yang menulis ini..dan juga kpd2 rakan2 yang singgah di blog ini..sama2 kita banteras zina..bermula dgn didikan anak2 dari rumah!!! Sungguh..walaupun anak2 aku masih mentah, dah lama aku gelisah dan risau bila mana anak2 ini akan meningkat remaja....sebagai ibu kepada semua cahaya mataku..amat sukar rasanya menjaga anak2 remaja berbanding menjaga anak2 kecil..benar..ianya sungguh merunsingkan..membimbangkan..mengerikan..dan menakutkan.. dengan apa yang berlaku kini..di negaraku sendiri...wallahu'alam..


Tuesday, March 16, 2010

'Kakak' dah 8 thn.. - 16 Mac 2002

aiseyy...aku tak sempat nak buat kek kali ni..just celebrate dengan menu istimewa nasi minyak jerk..apa pun umi nak ucap "Happy Birthday to Kakak"..semoga menjadi anak yang solehah dunia akhirat..amiiiiinnnnn!!!!

Monday, March 15, 2010

Laksa perantauan..masak cuma 10 minit..

Bahan2 kuah cuma sadin setin, sebiji bwg besar, cili kering ikut kepedasan (direbus), sedikit belacan , asam keping(3-4)keping, garam secukup rasa.
Cara2: Kuah-->[1]Mesin bwg + cili + belacan (hancur) [2] masuk sadin dan mesin (separa hancur)dgn bhn2 td. [3]Rebus bhn2 mesin, masukkan asam keping + sedikit garam..kalau pekat, letak air sikit...
Aksesori-->telor, salad, timun, bwg besar, cili merah, limau nipis, bunga kantan (jika ada) perlu dihiris..
Laksa-->boleh ganti dengan spagetti..

jeng..jeng..inilah hasilnya...apa lagi?? jom buat laksa!!!

Saturday, March 13, 2010

kembali berblog..

hehe..rasa cam lama aku tak update blog ni..nak tau kenapa??? pertama cam dah malas nak tulis..sibuk ngan tulis tesis..kononnyala..kedua..aku dah pandai ber'FB'...dulu aku tak pandang pun FB..malas..coz rasa cam leceh..byk lg benda aku nak pikir..satu hari, si Iza ni suruh la aku guna FB..suruh aku upload la gambar2 kat UK..katanya lagi mudah..mula2 aku try gak..tapi cam takde yang menarik pun..so, aku pun hang la dengan FB ni..then kemuncak guna FB ni..bila rakan2 usrah guna FB utk bagi info pasal usrah kat sini..aku ketinggalan..tak dpt info coz tak bukak FB walaupun ada akaun..haa..masa tu la aku berjinak2 dgn FB..sampai la satu tahap aku cuba cari geng sekolah lama..SMSD..aku lama nak cari kawan baik aku satu kelas dulu..aku pun taip la nama penuh Nazi..hehhe..wahhh..jumpa...aku jumpa..bayangkan 18 thn aku tak jumpa..akhirnya aku jumpa gak di alam cyber...apa lagi..aku pun cuba cari member2 lama aku masa sekolah..banyak yang aku jumpa lbh2 lagi aku tukar nama id aku kpd nama penuh...perghhh..melambak2 rupanya geng2 sekolah dulu yang aku jumpa..memang agak teruja..

Cuma, aku rasa nak berFB ni kena berpada2 gak la kan..takut takde keje lain dok melayan FB 24 jam tak leh gak..boring2 leh bukak FB sambil2 buat keje..boleh utk mengeratkan silaturrahim...jumpa kwn2 lama..tanya khabar...ok la..

Ok..aku nak bg korang tgk gambar2 'snow' yang terakhir bagi tahun ni di Notts..bln lps lagi sebenarnya gambar ni aku amik..tak sempat nak masuk blog..tapi kalau nak tgk byk lagi gambar, boleh 'add' FB aku..guna nama penuh aku..sape2 yg kenal je la ye..ehehe..tak kenal, aku malas layan...

kanak2 ribena..

ada org kat aku ni mcm Mary Popins..ntah..apa2la Labu..citer tu pun aku tak pernah tgk..yg ptg kalau watak tu baik..bleh la aku ngaku..watak jahat..takmo aku ngaku..hehe

Buat 'snowman' depan rumah..

si tembam Dini..pakai baju berlapis2..sejukkkk...

gaya seorang perantau..ceehh..cehh..

Naim & Aus main sledging dekat Wallaton Park...

gumbiranya kakak & jannah..

wah..siap melambai2..

ya rabbi...3 org skali main..sib baik muat..hehe

Dini pun main gak ngan bapaknya..