Tuesday, March 23, 2010

Sudah sudahlah...

Amat membimbangkan!!!!! apalah nak jadi... tak abis2 berita buang bayi..bayi dalam tong sampah, bayi dlm semak, dlm masjid, tepi longkang, tepi jalan...persoalannya, kenapa perkara ini berlaku??? Sudah tentu ianya kes zina!!! anak luar nikah!!!!

Lebih membimbangkan ialah , berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! (dipetik dpd. http://saifulislam.com/?p=7700)
Tambahan Fakta:
1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

Mengapa zina?? Bagi aku, zina bermula daripada 'couple' yang melampau..bermula dgn bibit2 cinta, diteruskan dengan pertemuan empat mata, sang teruna mengusung dara ke hulur ke hilir menaiki motor, kereta atau apa shj..diikuti dgn pertemuan yang terlalu kerap, sang dara membenarkan si teruna bersentuhan tangan, berpelukan kononnya atas dasar cinta senjati..dan akhirnya TEWAS dgn godaan nafsu syaitan durjana!!! Kalau benar anda hendak berkahwin sekali pun, ianya bukanlah tiket untuk melepaskan rindu dendam...percayalah, berapa byk golongan 'couple' melampau, akhirnya tewas di gerbang perkahwinan!! Sebelum kahwin bermadu asmara, bercumbuan, selepas kahwin bersumpah seranah, bersepak terajang!! Inilah permainan cinta Bollywood..oohh..sungguh meloyakan!!

Persoalan kedua? di mana peranan ibu bapa? Tidakkah mereka tahu dgn siapa dan ke mana anaknya pergi sehingga larut malam..atau si ibu bapa tahu, cuma buat2 tak tahu aktiviti anaknya?? atau si ibu bapa tidak berani menegur anakanda kesayangan takut2 anaknya lari atau merajuk?? atau si ibu bapa terlalu sibuk mengejar kerjaya..kemewahan yang menjamin kehidupan duniawi semata sehingga terlupa sang anak sudah hanyut dgn sang kekasih??

Oleh itu, sudah sudahlah...tak kiralah remaja..dewasa khususnya yang beragama Islam ke atau sesiapa sahaja yang mengamalkan hidup secara bebas...kasihanilah anak yang yg dilahirkan secara luar nikah ini..mereka tidak bersalah..lahirnya kelak hingga ke alam dewasa akan membawa kehinaan masyarakat..sudah sudahlah..

Bagaimana cara nak bendung?? Penyelesaiannya ialah berbalik kepada IMAN..ya..IMAN..aku tak pandai nak ulas cuma bg pendapat aku, peranan ibu bapa sgt penting utk membentuk iman anak2..bagaimana pulak dgn faktor persekitaran? yela..kita dah cuba bentuk..pupuk..nasihat anak tapi faktor di luar sana sgt mendorong anak2 ini terjebak dgn gejala sosial?? Bagi aku..kuasa doa ibu itu sgt mujarab..kita gunakan senjata doa utk doakan anak2 spy terlindung dpd terjebak dgn gejala budaya bebas ini..insyaAllah..

Entri ini adalah utk peringatan diri yang menulis ini..dan juga kpd2 rakan2 yang singgah di blog ini..sama2 kita banteras zina..bermula dgn didikan anak2 dari rumah!!! Sungguh..walaupun anak2 aku masih mentah, dah lama aku gelisah dan risau bila mana anak2 ini akan meningkat remaja....sebagai ibu kepada semua cahaya mataku..amat sukar rasanya menjaga anak2 remaja berbanding menjaga anak2 kecil..benar..ianya sungguh merunsingkan..membimbangkan..mengerikan..dan menakutkan.. dengan apa yang berlaku kini..di negaraku sendiri...wallahu'alam..


0 comments: