Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha..


Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua sanak saudara, rakan taulan yang berada di Malaysia & juga kepada semua rakan2 seperjuangan NMC..Maaf Zahir Batin. Semoga Allah meramati kita semua...amin...

Wednesday, November 25, 2009

Kuih Raya Haji...yeahhaa...

Jeng..jeng..jeng..kali ni aku nak kongsi ngan korang pasal kuih raya haji..agak 'excited' skit buat kuih raya sbb ini adalah 'first time experience' aku buat kuih raya..mcm jugak kek..ishk..ishk..org lain dah berkoyan2 buat kuih, aku baru nak belajar..ketinggalan betul..hai..apa la nak jadi...maklumlah, kat M'sia boleh tunjuk2..skrg..sendiri bikin la...ok..aku buat 4 macam kuih..sume kuih raya ni yang simple2 dan berasaskan coklat sbb aku tak pikirkan org yang nak dtg raya nak makan kuih aku ni..aku pikir..kalau kuih raya ni tak abis dimakan masa raya..kan membazir..so, sebab tu aku buat kuih berasaskan coklat, maka bala tentera aku yang 5 org tu boleh makan..hehe..so apa2 hal..kalau nak rasa kuih raya aku ni..mehler dtg rumah raya ni esp geng2 Notts..rumah aku sentiasa terbuka utk korang..kpd geng2 M'sia, korang tgk je la kuih ni dlm blog ye..hehe... orait..aku ada keje skit..sambung en3 lain di masa akan dtg..babai..

kuih 'ala' Almond London.takde Almond pun dlm tu..kosong..then atasnya aku tak tabur pun kacang tp aku tabur coklat rice..(anak2 aku kureng sikit kacang byk2)
yang ni..biskut raya coco rice madu..(plg senang di dunia nak dibuat..)
yang ni pulak..biskut coco cornflake madu..(pun plg senang di dunia nak dibuat..)
ok. yang ini biskut coklat cip

Tuesday, November 24, 2009

Am I a low achiever???

"Learning without making connections is what we would regard as learning by rote. Such learning is easily confused or forgotten, particularly by many low achievers with poor memories, and is of little value in application to real life situation."
- Haylock,D & D'Eon,M (1991).

Ulasan: Mmg betul kalau belajar tanpa membuat hubungkait dengan kehidupan sebenar, maka sebenarnya kita ni belajar secara menghafal. Kaedah hafal ni akan memberi kredit kpd pelajar2 pandai tetapi bukan pelajar2 lemah.

Ini mengingatkan aku semasa berada di bangku sekolah...semua subjek aku kena hafal termasuklah subjek yang tak popular iaitu kajian tempatan (skrg dah takde subjek ni..heh). Mak aku suruh hafal dan akan disoal setiap hujung minggu. Yang aku kagum setiap muka surat dalam buku teks akan disoal..fuhhh..kalau tak dendanya ialah..hadiah 'rotan' dan aku tak boleh bermain dgn kwn2 sepermainanku..tp cam biasala kan..hafal tetap hafal..cuma kdg2 tak mampu nak hafal, dpt lah hadiah 'istimewa' tu..hehe..
Sampai satu tahap, masuk sekolah menengah..aku dah tak mampu nak hafal..cikgu2 sume mengajar teori dan terlalu byk penghafalan bagi memudahkan pelajar menjawab soalan peperiksaan...sampai sekarang aku dah tak mampu hafal nota melainkan kalau aku dpt kaitkan nota itu dgn realiti kehidupan sebenar...(sbb tu aku selalu komen pasal periksa ptk.) Kesimpulannya ialah..kalau ikut penyelidik di atas, aku ni mcm tergolong di kalangan golongon 'low achiever'..huhu..tak sesuai guna teknik hafalan..TAPI aku adalah 'low achiever' yang ada 'kelas'..hahah..(nak sedapkan ati..)

p/s: sori en3 aku lately byk pasal buku2..coz aku kena continue research aku yg dah lama 'hang'..bosan2 aku masuk la blog pasal apa yg aku baca..korang layan la ye..heheh..opss..research aku ni pasal camna nak ajar Matematik pd budak lemah dgn menggunakan teknologi multimedia + strategi pengajaran penyelesaian masalah...kalau korang ada idea..boleh kongsi dgn aku..aku dah tahap nak 'biol' belajar tak abis2 ni..

Sunday, November 22, 2009

Motivation Sticker

Emmm..sedang aku membaca buku pasal psikologi pembelajaran..hehe..(maklumlah..research aku ni tak abis2 lagi ni..tu yg kena membelek buku..), aku tertarik dengan pernyataan tentang motivasi dalam pembelajaran yang berbunyi...
"Dalam bilik darjah, guru boleh merangsang motivasi pelajar dengan memberi insentif dalam bentuk penghargaan iaitu pujian, hadiah dan sebagainya. Namun, guru perlu bijak memberi insentif kerana jika ianya keterlaluan, pelajar hanya belajar apabila insentif ini ditawarkan."
Bagi guru2 dan pendidik, ayat ni dah tak heran bagi dorang coz motivasi ni satu perkara biasa di dengar..tapi aku nak kongsi satu perkara yang menarik perhatian tentang insentif 'sticker' penghargaan/pujian yang sudah menjadi budaya dan sentiasa diberikan oleh guru-guru di sini bagi merangsang motivasi pelajar. Rasanya insentif ini berbaloi kerana ianya tidaklah berunsur kemewahan..tetapi cukup sekadar merangsang minat pelajar untuk ke sekolah. Apa yang lebih menarik ialah kadang2 pelajar2 akan pulang dengan 'sticker smiley' yang dilekatkan di baju sekolah. Anak2 aku cukup seronok dgn mendapat 'smiley' coz rasa diri mereka dihargai oleh guru2 dan bukannya di 'label' seperti 'bodoh', 'tin kosong' dan sebagainya..(mcm yg pernah aku kena dulu..huhu). Aku tau ada juga sekolah2 di M'sia yang praktikkan pemberian insentif ini tetapi ianya bergantung kepada kreativiti guru2 untuk menarik perhatian pelajar...tapi kalau takde jugak, aku kena explain kat budak2 ni bila balik M'sia..'belajar dapat pahala'..

'stikcer' pujian/penghargaan diberi kepada pelajar yang fokus di dalam kelas

'sticker' penghargaan dilekatkan di buku rekod bacaan buku cerita

Terima Keputusan 5A UPSR Depan Jenazah Ibu

Artikel ini benar2 menyentuh perasaan.....walaupun masih mentah, berat sungguh dugaan adik Siti Amynur Ain Putri Rosdy...
1) Yatim piatu
2) Miskin
3) Kemalangan - patah kaki
Tetapi
1) Tabah
2) Bijak
Semoga Allah merahmati beliau...aamiinn..


Friday, November 20, 2009

Muhammad Naim..my eldest son..

Muhammad Naim Bin Abdullah..dah 9 thn..permata hati sulong..lahirnya 9 thn lalu amat menggembirakan aku dan hubby..maklumlah..anak sulong..tanyalah siapa2 mesti gembira dgn kelahiran anak sulong....kini, Naim ada 4 org adik beradik yang lain..namun, aku amat berhati2 kiranya terlepas pandang layanan anak yg sulong ini..sebab itu, aku sedaya upaya meraikan kelahirannya seperti adik2nya yg lain..semoga 'anak umi yg sulong' ini menjadi anak yg soleh..amiiinnnn...

Friday, November 13, 2009

Sedekad sudah berlalu...(13th November 1999)

10 tahun bersama...byk suka dan duka...susah dan senang...tangis dan tawa...pahit dan manis...yang kami kongsikan bersama2...memori ini terlalu berharga bagi semua pasangan hidup di alam perkahwinan..moga2 sedekad perkahwinan ini akan berpanjangan hingga akhir hayat...aminnnnnnnn!!!!!

Wednesday, November 11, 2009

Happy Birthday to Dini..1 year (11/11/2008)

Dini dah setahun..sekejap jerk masa berlalu..maka ia mengingatkan umur umi dan abahnya semakin meningkat...mcm biasa, sambutan hanya utk sesi keluarga..bln 11 ni byk pulak hari bersejarah..kita tunggu siapa lg selepas ini....jeng..jeng..jeng..

Sunday, November 8, 2009

8th Nov 03, Jannah's 6th years old..Happy Birthday!!! We luv u so much!!!


Jannah..oh Jannah...kecil, tangkas, berjiwa besar dan pantang dicabar!!!
'besday celebration' khusus utk sesi keluarga shj..
kek buat sendiri tu...sajer nak suruh korang terliur..haha

Jalan2 di Birmingham

Kali ni aku nak kongsi ngan korang jalan2 di Birm. Perjalanan hanya amik masa dlm 45 minit - 1 jam dpd Notts. Inilah kali pertama destinasi yang paling jauh setakat ni aku sekeluarga pergi..sebelum ni hanya jln2 di sekitar Notts. shj..maklumlah, 'bos' bizi dgn urusan ngaji yg tak abis2 ni..letih pikir..skali skala kena jln gaks..

mula2 singgah di rumah kwn, Man & Ita

di city Birm.

antara bangunan klasik kat sini...

dekat St. Martin Market...

baru nak start ronda2..

mcm Bazar..

mcm Rantau Panjang..

sekali tgk mcm 'Petaling Street' pun ada..

tak pun mcm 'Nilai 3'

yg ni mcm 'jakun'..haha..budak2 ni tayang 'gloves' baru..sejuk gilerrr..tak tahan..

mcm 'Pasar Malam' pun ada jugak..

mcm kat M'sia la pulak..hehe

apa2 pun tak kisah la macam apa..yg ptg. mcm2 ada jual kat sini..berbaloi gak harga...
sesuai utk golongan berpendapatan sederhana & rendah cam aku..hehe..

Saturday, November 7, 2009

TOM TOM

gambar ihsan: http://blog.tmcnet.com/blog/tom-keating/images/tomtom-go-920-t-2.jpg

Ada satu teknologi di sini yang aku nak kongsi dgn korang..namanya ialah TOM TOM..(bukan Tom Tom Bak ye..heheh..). Agak canggih..ada konsep AI (Artificial Intellingence).
1) Apa fungsinya???Fungsi Tom Tom ini ialah untuk membantu pemandu2 jalan raya memberi arahan destinasi dengan secara terperinci. Kalau sesiapa yang tak tahu jln kat UK ni..jgn bimbang..Tom Tom ialah jalan penyelesaian..insyaAllah korang takkan sesat.
2)Kat UK je ke? Aku dapat maklumat kat M'sia pun boleh guna..camanapun kena confirm dgn sesiapa yg tlh guna teknologi ni kat M'sia..
3)Macamana nak guna?? senang shj..korang masukkan shj poskod/ alamat lokasi bermula..dan juga destinasi yang hendak dituju..Tom Tom ini akan memberi arahan secara visual dan audio..(ada ciri2 multimedia)..cth. "Turn right...turn left..take first exit..etc..".
4)Bagaimana kalau tersilap jalan? Tom Tom ni akan memberi jalan alternatif untuk kembali ke destinasi yang sepatutnya..
5)Satu lagi..korang mesti tertanya2 mcm mana sistem Tom Tom ni boleh detect jalan2 raya secara terperinci kan? Hubby aku kata sistem ni ada link dgn pancaran satelite..macam kita nak tgk peta google satelite dalam internet..camtuler..yg lain2 pasal sistem Tom Tom aku tak explore lagi..kena buat kajian nnt...
6)Apa lg kelebihan Tom Tom? haa..kalau korang beli Tom Tom yg canggih sikit..siap boleh detect lokasi tempat2 menarik sepnjang perjalanan destinasi yang nak dituju..then..syyyyy..Tom Tom ni leh detect 'speed track'..so selamatla kpd sape2 yg sentiasa memandu laju..boleh stand by perlahankan kereta..satu lagi..kalau kawasan yg korang lalu ada lembu ke kambing ke..siap bunyi audio "mooo../bekkk.." nak bg warning pemandu perlahankan kenderaan..canggih kan?

Memang aku kagum dgn org yg cipta teknologi ni..tapi aku lbh kagum dgn Allah yg mencipta manusia dengan memberi idea dan tenaga bagi mereka cipta teknologi Tom Tom untuk kemudahan manusia sejagat....bak kata Allahyarham Ust Asri Rabbani dalam dendangan nasyidnya yg bertajuk "Mana milik kita..."..Kesimpulannya.."hebat mana manusia..hebat lagi Pencipta Alam ini..."

Family Learning Day

Sempena 'Family Learning Day", sekolah naim & kakak (adnin) memberi peluang kpd ibu bapa untuk menghadiri bersama2 anak2 untuk mengikuti perkembangan pembelajaran mereka di dalam kelas. Kagum dengan kecanggihan infrastruktur sekolah2 di negara maju dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah merangsang para pelajar belajar dalam suasana yang kondusif dan menyeronokkan. Para pelajar di sini tidak perlu membawa beg, buku dan alat tulis ke sekolah kerana semuanya disediakan oleh pihak sekolah. Malah, pembelajaran di sini tidak berasaskan 'exam oriented' di mana tiada ujian bulanan, peperiksaan pertengahan, akhir tahun dan seumpanya seperti mana yang dipraktikkan di M'sia. Malah, di sini tidak pernah kelihatan kelas-kelas tuisyen di sana sini seperti di M'sia di mana ia menjadi rebutan para ibu bapa menghantar anak2 bagi memastikan mereka' berjaya mencapai gred 'A' di dalam apa jua bentuk peperiksaan.Penggunaan 'smart touch screen whiteboard' adalah suatu keperluan dan kemestian bagi setiap kelas di sekolah-sekolah di sini. Malah, kemudahan internet disediakan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar tidak dibebankan dengan silibus yang begitu berat tetapi pembelajaran di sini lebih bersifat 'real life' dan berasaskan kreativiti pelajar.
Pembelajaran secara koperatif yakni berkumpulan diaplikasikan di dalam kelas. Bilangan pelajar yang tidak melebihi 30 orang memudahkan guru memantau perkembangan pelajar di dalam kelas.
Guru merangsang pelajar untuk berfikir secara kritis iaitu memberi peluang pelajar memberi idea, pandangan yang bernas bagi mengupas sesuatu topik atau isu yang diajar di dalam kelas.

Terdapat beberapa maklum balas dpd ibu bapa yang telah pun menghantar anak2 mrk di sini lbh krg setahun memberitahu bahawa jika bermulanya cuti sekolah, anak2 mrk menjadi gelisah dan tidak seronok. Mengapa??? Ini menunjukkan bhw sekolah mampu menarik minat anak2 belajar kerana sistem yang diamalkan adalah berorientasikan perkembangan pelajar dan bukannya mengejar silibus semata2 seperti yang diamalkan di sekolah2 M'sia. Sebagaimana pengalaman membuat 'kajian eksperimen' mengajar pelajar2 lemah di 2 buah sekolah, guru2 senior sering bertanyakan adakah silibus yang diajar habis kerana ujian bulanan hampir tiba dan bukannya bertanya adakah pelajar2 faham dengan silibus yang diajar. Akibatnya, pelajar tidak seronok ke sekolah, dan mula ponteng sekolah, berlakunya gejala sosial yang tidak sihat dan seumpamanya. Akhirnya...apa yang berlaku??? lahirlah generasi yang amat membimbangkan negara kita..iaitu generasi 'lemah' dan 'malap'..wallahua'lam..

Friday, November 6, 2009

Kraftangan UK

ehemm...apa benda la yang budak2 ni pakai..?? hehe..

Kek..oh..kek...

Inilah dia kek yang ke-2 dan ke-3 aku buat seumur hidup aku..kek pertama aku buat aritu masa raya, aku buat kek pisang..tak sempat nak amik gambar..mcm aku cakap dulu, di M'sia aku tak pernah buat kek..tolong org buat kek ada..antara sebab musabab aku tak pernah buat kek; 1) rumah aku takde oven 2)kat M'sia melambak2 org jual kek, so beli jerk 3) malas..heheh
Kek yg kat atas ni aku berguru dpd Ina, geng guru IT ukm..asalnya kek oren..tp sebab aku tak sempat nak beli oren sunquick, so aku tak letak la bahan tu..disebabkan ada perisa vanilla, aku namakan kek ni 'kek vanilla'..hehe..rasak la..kalau korang tgk rupa luaran tak brapa cantek, tp rasa dia..perghhh..lazat..tq ya tok guru ina..so betullah org kata.."don't judge by its cover"..bahan2nya agak mudah dan senang..1)2 cwn gula 2) 2 cwn majerin 3) 3 cwn tepung 4) 6 biji telur 5) 1 sudu kecil esen vanilla 6) oren sunquick secukup rasa 7)1/2 sudu kecil baking powder

Kek seterusnya aku buat ni ialah kek coklat..yang kat atas ni aku belum letak 'topping' lg..

ha..yg ni aku dah letak toping..baru nampak cantek skit..hehe
yang ni dah dipotong dan boleh dimakan..rasanya...fuhhhhh...sampai hubby aku cakap inilah kek coklat yang paling sedap dia makan seumur hidup..mula2 aku rasa macam kena perli..hehe..maklumlah first time buat kek coklat..tapi setelah disahkan oleh persatuan 'Food Tester' Naim, kakak & Jannah..barulah aku percaya kek ni mmg betul2 sedap..lbh sedap dpd yang aku beli kat kedai...bukan aku nak eksen..tapi itulah hakikatnya..hahaha...nak tau apa dia resipinya??? aku recommend korang cuba..aku berguru dgn internet, korang boleh tgk link kat sini..http://majlisimpian.com/blog/?p=74 Pasal koko tu, aku just pakai serbuk minuman coklat, kalau kat M'sia boleh pakai VICO ke..atau apa2 serbuk minuman coklat yg korang minum..buat..jgn tak buat..aku dah buat 2 kali dah kek ni..selamat mencuba!!! Ops..lupa nak ucap time kasih kpd tuan punya blog yg menyebarkan resipi kek coklat sedap ni..TQ ye..:-)

Monday, November 2, 2009

Sungguh ku tak paham....

Siapa sepatutnya kena tangkap?
Ilmuan agama?

source: http://drmaza.com/home/

atau
yang ini????