Emmm..sedang aku membaca buku pasal psikologi pembelajaran..hehe..(maklumlah..research aku ni tak abis2 lagi ni..tu yg kena membelek buku..), aku tertarik dengan pernyataan tentang motivasi dalam pembelajaran yang berbunyi...
"Dalam bilik darjah, guru boleh merangsang motivasi pelajar dengan memberi insentif dalam bentuk penghargaan iaitu pujian, hadiah dan sebagainya. Namun, guru perlu bijak memberi insentif kerana jika ianya keterlaluan, pelajar hanya belajar apabila insentif ini ditawarkan."
Bagi guru2 dan pendidik, ayat ni dah tak heran bagi dorang coz motivasi ni satu perkara biasa di dengar..tapi aku nak kongsi satu perkara yang menarik perhatian tentang insentif 'sticker' penghargaan/pujian yang sudah menjadi budaya dan sentiasa diberikan oleh guru-guru di sini bagi merangsang motivasi pelajar. Rasanya insentif ini berbaloi kerana ianya tidaklah berunsur kemewahan..tetapi cukup sekadar merangsang minat pelajar untuk ke sekolah. Apa yang lebih menarik ialah kadang2 pelajar2 akan pulang dengan 'sticker smiley' yang dilekatkan di baju sekolah. Anak2 aku cukup seronok dgn mendapat 'smiley' coz rasa diri mereka dihargai oleh guru2 dan bukannya di 'label' seperti 'bodoh', 'tin kosong' dan sebagainya..(mcm yg pernah aku kena dulu..huhu). Aku tau ada juga sekolah2 di M'sia yang praktikkan pemberian insentif ini tetapi ianya bergantung kepada kreativiti guru2 untuk menarik perhatian pelajar...tapi kalau takde jugak, aku kena explain kat budak2 ni bila balik M'sia..'belajar dapat pahala'..
Sunday, November 22, 2009
Motivation Sticker
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment