Saturday, November 7, 2009

Family Learning Day

Sempena 'Family Learning Day", sekolah naim & kakak (adnin) memberi peluang kpd ibu bapa untuk menghadiri bersama2 anak2 untuk mengikuti perkembangan pembelajaran mereka di dalam kelas. Kagum dengan kecanggihan infrastruktur sekolah2 di negara maju dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah merangsang para pelajar belajar dalam suasana yang kondusif dan menyeronokkan. Para pelajar di sini tidak perlu membawa beg, buku dan alat tulis ke sekolah kerana semuanya disediakan oleh pihak sekolah. Malah, pembelajaran di sini tidak berasaskan 'exam oriented' di mana tiada ujian bulanan, peperiksaan pertengahan, akhir tahun dan seumpanya seperti mana yang dipraktikkan di M'sia. Malah, di sini tidak pernah kelihatan kelas-kelas tuisyen di sana sini seperti di M'sia di mana ia menjadi rebutan para ibu bapa menghantar anak2 bagi memastikan mereka' berjaya mencapai gred 'A' di dalam apa jua bentuk peperiksaan.Penggunaan 'smart touch screen whiteboard' adalah suatu keperluan dan kemestian bagi setiap kelas di sekolah-sekolah di sini. Malah, kemudahan internet disediakan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar tidak dibebankan dengan silibus yang begitu berat tetapi pembelajaran di sini lebih bersifat 'real life' dan berasaskan kreativiti pelajar.
Pembelajaran secara koperatif yakni berkumpulan diaplikasikan di dalam kelas. Bilangan pelajar yang tidak melebihi 30 orang memudahkan guru memantau perkembangan pelajar di dalam kelas.
Guru merangsang pelajar untuk berfikir secara kritis iaitu memberi peluang pelajar memberi idea, pandangan yang bernas bagi mengupas sesuatu topik atau isu yang diajar di dalam kelas.

Terdapat beberapa maklum balas dpd ibu bapa yang telah pun menghantar anak2 mrk di sini lbh krg setahun memberitahu bahawa jika bermulanya cuti sekolah, anak2 mrk menjadi gelisah dan tidak seronok. Mengapa??? Ini menunjukkan bhw sekolah mampu menarik minat anak2 belajar kerana sistem yang diamalkan adalah berorientasikan perkembangan pelajar dan bukannya mengejar silibus semata2 seperti yang diamalkan di sekolah2 M'sia. Sebagaimana pengalaman membuat 'kajian eksperimen' mengajar pelajar2 lemah di 2 buah sekolah, guru2 senior sering bertanyakan adakah silibus yang diajar habis kerana ujian bulanan hampir tiba dan bukannya bertanya adakah pelajar2 faham dengan silibus yang diajar. Akibatnya, pelajar tidak seronok ke sekolah, dan mula ponteng sekolah, berlakunya gejala sosial yang tidak sihat dan seumpamanya. Akhirnya...apa yang berlaku??? lahirlah generasi yang amat membimbangkan negara kita..iaitu generasi 'lemah' dan 'malap'..wallahua'lam..

0 comments: