Monday, December 21, 2009
Snow!!! MasyaAllah!!!
Labels: snow
Posted by Abz at 6:23 AM 0 comments
Saturday, December 19, 2009
Ceremony @ Radford Nursery
Ada majlis persembahan sempena Krismas dan Tahun Baru di nurseri Firdaus tadi....korang 'layan' la gambar2 ni ye....
Labels: kids
Posted by Abz at 5:25 AM 0 comments
Friday, December 18, 2009
Jom main masak2...
Kali ni aku nak kongsi camna nak buat karipap sadin yang MUDAH dan 'SIMPLE' sesuai bagi ibu2 yang 'bizi' dan 'lazi'..hehe..percayalah..aku takkan ajar korang resipi yg 'complicated' coz prinsip masakan aku.."MUDAH TAPI SEDAP"..hehe..Bagi sape2 yg dah pakar buat karipap ni..korang abaikan je la resipi ni..coz aku tau korang lagi 'terror' dpd aku esp geng2 Notts..maklumlah dah duduk bertahun kat UK ni..dah mcm2 resipi korang belajar..aku ni baru merangkak2 nak belajar buat kuih muih, lauk pauk dan mcm2 resipi lagi..Ok, sebenarnya aku dah turunkan ilmu ni pada Mas, ex-ofismate aku dan 'penuntut' aku ni dah berjaya membuat karipap inti telur dengan jayanya..berkat belajar dpd sifu..hehe...Berikut adalah resipinya (resipi utk 25-30 biji karipap yang comel2/sederhana):
[1] Buat inti sadin (2 tin kecil). Curah dalam kuali yang ada minyak sedikit. Goreng dan hancurkan ikan sadin dengan sudip serentak. Masukkan sos tomato 4-5 sudu besar (ikut cita rasa, kalau nak pedas letak cili sikit). Masukkan gula dan garam secukup rasa.
[2]Buat doh (kulit karipap): 4 cawan tepung, 3 sudu besar majerin, air dan garam secukup rasa. Mula2 masuk dan gaulkan tepung, majerin dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit sampailah adunan dah sebati menjadi doh seperti gambar no (2) di atas.
[3] Bulat2kan sederhana.
[4] Giling dengan penggiling (kalau takde boleh guna gelas kaca panjang) dan giling bulat seperti gambar no (4) yang ditunjukkan di atas. Letakkan inti sadin diatasnya.
[5] Lipat dan pintal pada hujung kulit karipap. (kalau tak tau pintal boleh guna garpu dan kelipkan hujung tersebut sehingga kulit karipap tertutup rapat. kalau tak reti jugak, korang beli je acuan karipap kat pasar malam..tak reti2 jugak..dah, takyah masak..abis citer...hehe)
[6] Goreng karipap pada api dan minyak sederhana.
[7] Bila dah warna cokat terang, angkat karipap dan bersedialah untuk makan...
_____________________________________________________________________
Entri nasi himpit ni dah aku masukkan aritu..tapi aku nak tambah sikit 'skill' aku kat korang..kali ni nasi himpit aku agak 'menjadi'..maksudnya mampat dan tak 'barai'. Resipi cam biasa aku ulang..3 cwn beras+8 cwn air, masak dlm rice cooker..bila dah masak terus masuk dan penuhkan dalam loyang, lepas tu pakai sarung tgn plastik..letak minyak sikit kat sarung tgn plastik coz takmau bg nasi himpit ni melekat masa operasi himpit menghimpit. Himpit rata dan mampatkan seboleh mungkin di setiap penjuru kanan, kiri dan tgh..tunggu sejuk, maka insyaAllah terbentuklah nasi himpit seperti gambar di atas. Sebenarnya aku pernah cuba nasi himpit segera kat Notts ni..mak aiii...dah lah lama nak masak..abis terbarai2 nasinya..hampeh betul..so, mulai skrg aku akan terus buat nasi himpit tradisional..mudah, lazat dan berkhasiat..mungkin kat M'sia aku akan teruskan membuat nasi himpit tradisional ni..hehe
_____________________________________________________________________
Gambar kek ni aku 'upload' coz atas permintaan Mas..hehe..Aku belum 'expert' lagi nak hias kek ni Mas..baru belajar nak buat icing..belum setanding dgn kek ko yang 'ala2' secret resipi..huhu..
Labels: menu
Posted by Abz at 4:04 AM 2 comments
Thursday, December 17, 2009
New Blog Background!!! Yeah!!!
Since of ma'al hijrah , so I decide to change the background of my blog..hehe..for your info, this design was chosen by my daughter, Jannah..she said that this design is beautiful..but I said it's normal..nothing is unique!!! Actually she was interested with the butterfly..not 100% with the design!!..so, to fulfill her demand, I just choose this design..maybe I'll change for the next few months...huh..
Labels: personal
Posted by Abz at 5:30 AM 0 comments
Monday, December 14, 2009
"No more Smart Reader!!!"
Ada satu lagi artikel yang amat menarik tentang pengalaman seorang ibu yang menghantar anak ke Smart Reader. Artikel banyak berkisar tentang proses pengajaran dan pembelajaran di M'sia. Antara petikan yang nak dikongsi ialah:
"Sikap tidak suka sekolah dan belajar ini sebenarnya timbul apabila suasana pembelajaran di sekolah tidak menarik. Guru-guru gagal membentuk suasana yang ceria dan mennyeronokkan bagi kanak-kanak untuk mahu belajar. Guru terlalu mengejar silibus dan exam oriented seawal pra sekolah."
Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel penuh di sini:
http://ummusaif.com/2009/12/no-more-smart-reader/#comment-2543
Labels: opinion
Posted by Abz at 3:19 AM 0 comments
Saturday, December 12, 2009
Bila umur dimamah usia...happy birthday umi!!!
1) errkk...Berapa umur??? sape2 yg tak tau, korang teka la ya...aku cuma boleh bgtau DOB aku 12 Disember 19xx..opss...satu lg.. 'hint' thn..ada kat blog ni...heheh..
2) Beri komen sikit ttg usia anda??? Aku mmg sentiasa sedar usia semakin meningkat dan 'benchmark' kpd kesedaran usia ini ialah anak2. Cuba tgk anak aku yang sulong, Naim dah sampai paras bahu aku ketinggiannya..dan tak mustahil bila aku balik M'sia nanti ketinggian Naim sama dgn paras ketinggian aku..jadi jgn risau..aku 'sedar diri ' yang umur semakin meningkat....kedut di kulit semakin byk..anak2 semakin besar...mungkin 'jiwa' jerk yang kdg2 ter'muda' sikit...haha...
3) Dapat hadiah tak??? Ehhh..mestilahh..hehe..hubby aku bagi hadiah..bukan emas..bukan berlian..bukan permata..bukan..bukan..bukan.. coz 'maintanence' aku rendah...tema berasaskan sampoi dan simple..(selamat duit hubby aku..hehe) belanja kat restoran halal Pakistan..bukan 'take away'..makan kat situ..'fish marshala & nan bread' ..heheh...first time makan kat restoran UK ni....jadikla....ini pun dah cukup berharga bagi aku..
4) Apa pesanan terakhir anda??? emmm..takde apa..cuma sama2lah kita doa agar dgn pertambahan usia yang semakin meningkat ni, kita diberi kesihatan yang baik untuk menjaga anak2 ..dpt jadi ibu/ayah yg baik, suami/isteri yg baik, hamba Allah yg baik dan segala benda yg baik2..amiinn..
Labels: birthday
Posted by Abz at 6:00 AM 3 comments
Friday, December 11, 2009
Ohh..Malaysiaku... mana hasil sumber minyak negara???
Sumber artikel asal: http://www.malaysiakini.com/news/119695
Antara fakta yang perlu diketahui oleh kita sbg rakyat Malaysia:
1)Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.
2)Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.
3)Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.
4)Perolehan minyak tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.
Labels: opinion
Posted by Abz at 7:46 AM 0 comments
Tuesday, December 8, 2009
Andainya dugaan ini kita yang tanggung...
Salam kawan2 dan pembaca blog..aku dapat e-mail ni daripada salah seorang warga NMC (Nottingham Malaysian Community) dan mungkin sblm ni pun korang dah pun dapat e-mail ini... Sebagai individu prihatin atas kesusahan dan kesengsaraan adik Nurul Aysha ni, korang boleh 'copy paste' maklumat di bawah dan panjangkan e-mail ini kepada rakan2 yang lain. Mungkin kita TAK MAMPU menghadapi dugaan seperti dibawah tapi sekurang-kurangnya kita MAMPU panjangkan e-mail ini bagi meringankan beban individu lain...aku tak pasti macam mana e-mail ni boleh 'generate' derma sbyk RM0.01 (sape2 yg arif boleh bg komen) tapi yang pasti dengan email yang dipanjangkan ini, kita sama2lah DOAkan adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun) agar bertambah sihat kelak dan bergerak aktif seperti kanak2 lain. Bayangkanlah kalau anak ini adalah anak kita, dah tentu setidak-tidaknya, DOA dpd umat sejagat diperlukan..Semoga Allah memberi rahmat yang tidak terhingga dan kesihatan yang baik kepada adik Nurul Aysha dan keluarganya..Amiinnn...
p/s: boleh menggunakan carian 'google' jika nak dpt maklumat atau sumber lanjut..difhmkan sumbangan boleh juga berbentuk kewangan dan dimasukkan terus ke dlm akaun bapa adik nurul. wallahua'lam.
---------- Forwarded message ----------
From: Jarina Jani <jarina.jani@ gmail.com>
Date: 2009/12/7
Subject: [emsa_family] Fw: selagi terdaya
To: emsa_family@ yahoogroups. com
Salam rakan semua,
Sorry jika mengganggu. This is an appeal for a little girl who needs a bit of your time. Read the email below and if you wish to help, the least you do is by forwarding the email to others and each forwarded email will generate RM0.10 for her.
Subject: selagi terdaya
|
Labels: dakwah
Posted by Abz at 7:00 PM 0 comments
Thursday, December 3, 2009
Machester VS Liverpool
lagi pandangan hadapan stadium MU
replika pemain2 MU
Poster salah seorang pemain MU
lagi poster piala dan pemain MU..
sempat ambik gambar baju baby Liverpool..
Ok..lepas tu terus pergi ke Albert Dock Liverpool..salah satu tempat bersejarah di Liverpool..dah gelap sedangkan jam baru pukul 4.30pm..tak nampak dah bangunan klasik yang aku nak tunjuk..cuma lampu2 je yang nampak..then kalau korang nampak ada mcm ala2 'eye on M'sia' dekat sini..ntahler..bagi aku takde apa sgt pun yang menarik kat Albert Dock ni..biasa2 je..
So..dah abis pusing seharian..pagi sampai petang..destinasi akhir ialah ke rumah kwn lama aku masa kerja kat Kolej Teknologi Cybernetics dulu..Norul & Ust Mizi..aku tak sempat nak bergambar dgn dorang coz terlalu letih..lama tak jumpa dorang, seronok jugak..Norul ni lecturer kat Universiti Pertahanan Sg Besi, sambung PhD di Liverpool..sempat la menjamu selera sikit kat rumah dorang..Thanks Norul & Ust Mizi..
Labels: travelling
Posted by Abz at 2:38 AM 2 comments
Idealistik VS Realistik
Aku suka baca artikel ni..hasil nukilan ust. Saiful Islam"Di Dalam Dunia Yang Serba TIDAK PATUT Ini". Ia mengingatkan aku masa aku belajar di zaman 'degree' iaitu 15 thn yang lalu..pensyarah aku ada ajar tentang individu yang idealistik VS realisitik. Ya..kalau nak ikutkan secara idealistik, banyak yang kita nak kejar...banyak yang kita idamkan..banyak yang kita impikan....dan kadang2 impian idealistik ini ada yang kita capai dan ada yang kita tak mampu nak capai..kerana secara realistiknya mungkin kita tak mampu nak capai..di sini aku nak kongsi 2 contoh impian idealistik VS realistik:
1) Alam Rumahtangga
Semua orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia, aman damai..lebih2 lagi di awal perkahwinan..tanyalah sesiapa..sang suami secara idealistik ingin menjadi suami yang soleh dan menjadi bapa yang beriman kepada anak2..begitu juga sang isteri secara idealistiknya ingin menjadi isteri yang solehah dan menjadi ibu yang beriman kepada anak2..NAMUN setelah diuji dengan pelbagai ujian..tahun demi tahun..impian idealistik itu hanya terkubur dan terpaksa mengikut arus realistik..dengan ujian kesempitan kewangan , ujian kerjaya iaitu sang suami dan isteri masing2 sibuk dengan kerjaya..demi mengejar impian idealistik yang satu lagi iaitu kemewahan, kebendaan..maka..tiada lagi impian idealistik sebagai suami dan isteri, ibu dan bapa yang beriman di dalam rumah tangga..
2)Kerjaya
Ya..macam orang lain juga, secara idealistiknya setiap individu mengimpikan kerjaya yang terjamin demi masa depan. Ada setengah orang mencapai cita-cita idealistik ini, namun tak semua individu dapat mencapai cita2 tersebut. Contohnya, secara idealistik cita2 nak jadi pensyarah tetapi realistiknya disebabkan faktor bidang, umur dan sebagainya..jadilah individu tersebut sebagai Guru IT.. (cam aku jerk bunyi..heheh..)
Ulasan di atas adalah dari aspek IMPIAN individu, tetapi contoh realistik VS idealistik di dalam artikel Saiful Islam ada menyentuh beberapa perkara tentang perlakuan atau perbuatan individu seseorang..seperti:
Contoh 1 (Contoh ust. Saiful Islam)
Idealistik (sepatutnya): Kerja2 rumah spt memasak, mengemas rumah, menjaga anak sepatutnya dilakukan oleh isteri.
Realistik (disebabkan ada beberapa kekangan berlaku): Suami bertoleransi membuat kerja2 di atas kerana isteri terpaksa memikul tanggung jawab bekerja mengikut syif sebagai doktor di wad kecemasan.
Contoh 2
Idealistik: Suami perlu bekerja menyara hidup keluarga.
Realistik: Isteri terpaksa memikul beban menyara hidup keluarga kerana si suami lumpuh tidak mampu bekerja.
Jadi..banyak lagi yang boleh kita kupas melalui artikel ini..amat berguna untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian..sampai di sini sahaja ulasan aku..semoga ia berguna untuk pembaca blog ini..wallahua'lam..
Labels: opinion
Posted by Abz at 1:54 AM 0 comments
Tuesday, December 1, 2009
oohhh...what a cold..cold.. weather!!!!
I realize..and I know everybody is cold here..it's really, really cold..seems you're inside the freezer!!!! And sometimes I feel that I can't survive here..it's too cold here even I'm wearing 3 pieces of long sleeve t-shirt and pants, 2 pairs of socks & 1 glove!!! I almost surrender to 'stayup' at night to complete my PhD research..it's cold beb!!! ooh..God..what a nice weather in M'sia..although it's hot there but I think I still can struggling in whatever I target coz for me..weather can affect my productivity...and..what I'm feel now is...I'm absolutely miss so much my country..MALAYSIA.....
Labels: personal
Posted by Abz at 6:13 PM 2 comments