Thursday, December 3, 2009

Machester VS Liverpool

Beri laluan..beri laluan..ehem..ehem..sebenarnya entri ni aku dah upload aritu tapi ada sedikit masalah teknikal, baru aku dapat upload balik paparan kali ni....ok..Trip aku last week, masa cuti raya haji baru ni..ialah ke Machester & Liverpool. Pergi pun sehari semalam. Nak kata best tu..ok la kot coz aku tak sempat nak explore byk tempat..ada dua masalah utama..1) cuaca masa tu hujan 2) winter.. sejukkkkkk teramat..dengan masa di waktu siang teramatlah singkat..cuba bayangkan pukul 4pm dah maghrib..so, org kata kalau nak jenjalan, baik pergi waktu summer..pukul 9pm masih cerah lagi..(siang lbh pjg) OK. nak dipendekkan cerita, Machester dgn Liverpool ni boleh dikatakan sume org kenal tempat ni walaupun korang bukan kaki bola..maklumlah kedua2 tempat ni kan amat tersohor dengan team bola sepak dunia. Ada bbrp gambar yang aku nak tunjuk spt dibawah..mula2 korang layan trip aku ke Machester...
Pandangan hadapan stadium Machester United

lagi pandangan hadapan stadium MU

replika pemain2 MU

Poster salah seorang pemain MU

lagi poster piala dan pemain MU..

Di stadium ni jugak ada kedai jualan barang2 brand MU..baju baby, t-shirt budak pompuan, lelaki.. dan..mcm2 lg cenderahati, bola, jersey dll..tak terkata..dlm byk2 barang kat sini..satu benda pun aku tak beli..cuci mata je..al maklumlah..tentera ramai..kalau beli satu semua nak..dan semua tu memerlukan 'fuuuuuluuuussss'..huhu..Jannah ni nak beli baju ni..tapi aku buat tak tau jerk..coz harganya..perghhhh..kalau beli kat 'carboot' boleh dapat 20 helai..heheh..

Lepas ke stadium, terus ke Universiti Machester..sesajer lalu..tak masuk pun coz nak kejar masa..
konon2nya.. kitorang ni 'student undergrad' yg sedang 'hangat bercinta' study kat University of Machester..haha (sediakan plastik sampah jika anda berasa 'loya' ok..hehe)

Lepas tu aku terus berkejar ke Liverpool...agak 'rushing' jugak coz dah nak gelap...mcm aku cakap td, pukul 4pm dah maghrib..maksudnya dah gelap la..tak sesuai nak jalan2..
posing depan logo Liverpool..sebenarnya aku bukannya minat bola..team apa pun aku tak tau nak sokong..'blasah' je la..hehe

replika apa pun aku tak sure..tak sempat nak baca..tapi kalau dari segi 'dressing', rasanya mungkin ketua team Liverpool atau org yg mula2 menubuhkan team Liverpool..

Mcm Machester, di stadium Liverpool ada kedai menjual produk2 brand Liverpool...banyak..tak terkata..kat sini cuma sebiji bola shj yg aku beli coz bola boleh dikongsi beramai2 berbanding dgn produk lain seperti baju..heheh

sempat ambik gambar baju baby Liverpool..

Ok..lepas tu terus pergi ke Albert Dock Liverpool..salah satu tempat bersejarah di Liverpool..dah gelap sedangkan jam baru pukul 4.30pm..tak nampak dah bangunan klasik yang aku nak tunjuk..cuma lampu2 je yang nampak..then kalau korang nampak ada mcm ala2 'eye on M'sia' dekat sini..ntahler..bagi aku takde apa sgt pun yang menarik kat Albert Dock ni..biasa2 je..
So..dah abis pusing seharian..pagi sampai petang..destinasi akhir ialah ke rumah kwn lama aku masa kerja kat Kolej Teknologi Cybernetics dulu..Norul & Ust Mizi..aku tak sempat nak bergambar dgn dorang coz terlalu letih..lama tak jumpa dorang, seronok jugak..Norul ni lecturer kat Universiti Pertahanan Sg Besi, sambung PhD di Liverpool..sempat la menjamu selera sikit kat rumah dorang..Thanks Norul & Ust Mizi..



2 comments:

Ibu Aimy said...

wahhh sonokkknyaaa... bila la aku dapat g sana ek

ketua geng..from UK...hehe said...

bleh..carik tiket murah..