Tuesday, December 8, 2009

Andainya dugaan ini kita yang tanggung...

Salam kawan2 dan pembaca blog..aku dapat e-mail ni daripada salah seorang warga NMC (Nottingham Malaysian Community) dan mungkin sblm ni pun korang dah pun dapat e-mail ini... Sebagai individu prihatin atas kesusahan dan kesengsaraan adik Nurul Aysha ni, korang boleh 'copy paste' maklumat di bawah dan panjangkan e-mail ini kepada rakan2 yang lain. Mungkin kita TAK MAMPU menghadapi dugaan seperti dibawah tapi sekurang-kurangnya kita MAMPU panjangkan e-mail ini bagi meringankan beban individu lain...aku tak pasti macam mana e-mail ni boleh 'generate' derma sbyk RM0.01 (sape2 yg arif boleh bg komen) tapi yang pasti dengan email yang dipanjangkan ini, kita sama2lah DOAkan adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun) agar bertambah sihat kelak dan bergerak aktif seperti kanak2 lain. Bayangkanlah kalau anak ini adalah anak kita, dah tentu setidak-tidaknya, DOA dpd umat sejagat diperlukan..Semoga Allah memberi rahmat yang tidak terhingga dan kesihatan yang baik kepada adik Nurul Aysha dan keluarganya..Amiinnn...

p/s: boleh menggunakan carian 'google' jika nak dpt maklumat atau sumber lanjut..difhmkan sumbangan boleh juga berbentuk kewangan dan dimasukkan terus ke dlm akaun bapa adik nurul. wallahua'lam.

---------- Forwarded message ----------
From: Jarina Jani <jarina.jani@ gmail.com>
Date: 2009/12/7
Subject: [emsa_family] Fw: selagi terdaya
To: emsa_family@ yahoogroups. com


Salam rakan semua,

Sorry jika mengganggu. This is an appeal for a little girl who needs a bit of your time. Read the email below and if you wish to help, the least you do is by forwarding the email to others and each forwarded email will generate RM0.10 for her.


Subject: selagi terdaya

Kene tolong ni.. kalau kene kat anak kita camner lah erk??? baca di bawah sekali..


[klik pd imej utk paparan lebih besar]
Keperihatinan anda diperlukan.. ....

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL


Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,


Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt
Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada
sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul..

Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan
tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari
sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang
lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor
adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m). Beliau kini terpaksa
menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk
kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator
untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda
serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain.. Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan
RM0.01 kepada keluarga adik NURUL. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!


Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi
sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua ' lam....

0 comments: