Aku suka baca artikel ni..hasil nukilan ust. Saiful Islam"Di Dalam Dunia Yang Serba TIDAK PATUT Ini". Ia mengingatkan aku masa aku belajar di zaman 'degree' iaitu 15 thn yang lalu..pensyarah aku ada ajar tentang individu yang idealistik VS realisitik. Ya..kalau nak ikutkan secara idealistik, banyak yang kita nak kejar...banyak yang kita idamkan..banyak yang kita impikan....dan kadang2 impian idealistik ini ada yang kita capai dan ada yang kita tak mampu nak capai..kerana secara realistiknya mungkin kita tak mampu nak capai..di sini aku nak kongsi 2 contoh impian idealistik VS realistik:
1) Alam Rumahtangga
Semua orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia, aman damai..lebih2 lagi di awal perkahwinan..tanyalah sesiapa..sang suami secara idealistik ingin menjadi suami yang soleh dan menjadi bapa yang beriman kepada anak2..begitu juga sang isteri secara idealistiknya ingin menjadi isteri yang solehah dan menjadi ibu yang beriman kepada anak2..NAMUN setelah diuji dengan pelbagai ujian..tahun demi tahun..impian idealistik itu hanya terkubur dan terpaksa mengikut arus realistik..dengan ujian kesempitan kewangan , ujian kerjaya iaitu sang suami dan isteri masing2 sibuk dengan kerjaya..demi mengejar impian idealistik yang satu lagi iaitu kemewahan, kebendaan..maka..tiada lagi impian idealistik sebagai suami dan isteri, ibu dan bapa yang beriman di dalam rumah tangga..
2)Kerjaya
Ya..macam orang lain juga, secara idealistiknya setiap individu mengimpikan kerjaya yang terjamin demi masa depan. Ada setengah orang mencapai cita-cita idealistik ini, namun tak semua individu dapat mencapai cita2 tersebut. Contohnya, secara idealistik cita2 nak jadi pensyarah tetapi realistiknya disebabkan faktor bidang, umur dan sebagainya..jadilah individu tersebut sebagai Guru IT.. (cam aku jerk bunyi..heheh..)
Ulasan di atas adalah dari aspek IMPIAN individu, tetapi contoh realistik VS idealistik di dalam artikel Saiful Islam ada menyentuh beberapa perkara tentang perlakuan atau perbuatan individu seseorang..seperti:
Contoh 1 (Contoh ust. Saiful Islam)
Idealistik (sepatutnya): Kerja2 rumah spt memasak, mengemas rumah, menjaga anak sepatutnya dilakukan oleh isteri.
Realistik (disebabkan ada beberapa kekangan berlaku): Suami bertoleransi membuat kerja2 di atas kerana isteri terpaksa memikul tanggung jawab bekerja mengikut syif sebagai doktor di wad kecemasan.
Contoh 2
Idealistik: Suami perlu bekerja menyara hidup keluarga.
Realistik: Isteri terpaksa memikul beban menyara hidup keluarga kerana si suami lumpuh tidak mampu bekerja.
Jadi..banyak lagi yang boleh kita kupas melalui artikel ini..amat berguna untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian..sampai di sini sahaja ulasan aku..semoga ia berguna untuk pembaca blog ini..wallahua'lam..
Thursday, December 3, 2009
Idealistik VS Realistik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment